Sunday 4 October 2009

Gempa di Padang: Pelajar Malaysia mungkin sambung belajar dalam negara

Kerajaan memberi jaminan akan membantu pelajar Malaysia yang terjejas pelajaran mereka akibat gempa bumi di Padang, Indonesia dengan kemungkinan meneruskan pengajian di dalam negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan bagaimanapun memberi ruang kepada ibu bapa pelajar terbabit mengemukakan masalah mereka serta cadangan mengatasinya.

"Ada ibu bapa yang mahu teruskan pengajian anak mereka di Padang apbila situasi di sana pulih nanti, jadi terpulang kepada mereka," katanya di sini, hari ini.

BERITA HARIAN: 4 OKTOBER 2009

No comments: