Tuesday 4 October 2011

PERTANDINGAN FUTSAL PKPMI 2011




Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.Futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA. Di Brazil, versi ini telah dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan. Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia. Kejohanan Dunia FIFUSA telah diadakan di São Paulo, dengan tuanrumahnya adalah Brazil menjuarai kejohana tersebut mendahului Paraguay dan Uruguay. Semakin ramai negara yang menyertainya di Kejohanan Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985. Oleh kerana terdapat satu pertikaian di antara FIFA dan FIFUSA terhadap pentadbiran fútbol, maka FIFUSA telah mencipta nama fut-sal pada tahun 1985.

Pertandingan Futsal 2011 akan diadakan pada tanggal 30 Oktober ini, bersamaan hari Sabtu.Format pasukan untuk pertandingan ini adalah antara batch, untuk lelaki dan juga perempuan.Batch yang akan bertanding adalah seperti berikut :

1) Batch Co-ass ( 2 Pasukan)
2) Batch 2008
3) Batch 2009 + 2010 + 2011

Semua ahli dan juga peserta harus berkumpul di Olimpico Futsal Arena, Jl.Bendungan Sutami 37 F pada jam 7.30 pagi. Absensi akan diambil mengikut RUMAH SUKAN.Markah akan diberikan kepada rumah sukan mengikut kehadiran ahli pada hari tersebut.








Marilah kita semua berpartisipasi dalam pertandingan ini dan mengasah bakat futsal kita!

Sunday 12 June 2011

Road Tour de Java PKPMI Pusat

Pada tanggal Sabtu, 11 jun 2011, AJK PKPMI Pusat telah ke Malang sempena Road Tour De Java. Tujuan program ini adalah untuk merapatkan silaturahim antara pimpinan PKPMI Pusat dan Cawangan serta mendengar masalah yang dihadapi oleh cawangan tersebut supaya dapat dibantu.
Berikut adalah slide-slide yang dipaparkan pada program tersebut:
1.PKPMI Pusat
2.Exco Kebajikan
3.Exco Imigrasi
-a
-b
-c
4.Exco Agama

Wednesday 11 May 2011

AKTIVITI AMAZING RACE ANJURAN EXCO PENDIDIKAN



Pada 15 Mei 2011,bersamaan hujung minggu ini, Exco Pendidikan akan menganjurkan aktiviti Amazing Race. Aktiviti ini bermula dari pukul 10 pagi sehingga jam 6 petang. Dimohon semua ahli PKPMI Caw Malang untuk turut berpartisipasi dalam aktiviti ini.






Partisipasi

 Setiap rumah sukan harus menghantar sekurang-kurangnya 2 kumpulan.
 Setiap kumpulan mempunyai 6 ahli yang terdiri daripada 3 angkatan gabungan peserta lelaki dan perempuan
.

Kronologi dan Peraturan “Amazing Race”

1) Setiap kumpulan akan mengejar waktu bersaing antara satu sama lain menghabiskan semua cabaran dan mengikuti setiap “checkpoint” untuk tiba di garisan penamat sebagai juara.

2) Setiap “checkpoint” mempunyai seorang petugas yang dinamakan “checkpoint officer” (CO).

3) Dari garis permulaan, setiap kumpulan akan diberi “clue” untuk “checkpoint” seterusnya.

4) Beberapa/semua “checkpoint” mempunyai tugasan yang disebut “detour/no option challenge”. Setiap kumpulan harus menyelesaikan cabaran tersebut sebelum dapat bergerak ke “checkpoint” seterusnya.

5) CO akan mencatat waktu dan ketibaan setiap kumpulan.

6) “Clue” untuk checkpoint seterusnya akan dihantar melalui sms oleh CO untuk pencatatan waktu yang tepat.

7) Semua ahli kumpulan harus tiba di “checkpoint” sebelum informasi mengenai tugasan “checkpoint” dapat diberikan.

8)
PENGGUNAAN KERETA/MOTOR PERSENDIRIAN TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

9) SEKIRANYA DIDAPATI ADA KUMPULAN YANG MENGGUNAKAN TRANSPORTASI SENDIRI, PENYERTAAN KUMPULAN TERSEBUT DIBATALKAN SERTA MERTA.

*KEPUTUSAN KETUA ACARA ADALAH MUKTAMAD*

10) Peserta akan menanggung semua biaya transportasi sendiri seperti “duit angkut” sekiranya berpendapat ini dapat membantu kumpulan mereka menjuarai aktiviti ini.

11) Semua peserta wajib memakai pakaian rumah sukan atau warna pakaian yang mencerminkan warna rumah sukan. Pakaian juga tidak haruslah menjolok mata terutamanya demi keselamatan sepanjang aktiviti ini.

12) Setiap peserta wajib menjaga keselamatan diri sendiri dan ahli kumpulan masing-masing.

13) Sekiranya memerlukan bantuan selain yang berkait dengan kronologi aktiviti ini,peserta diminta menghubungi:

HOTLINE

Adrian : 085755874939 atau

CO yang terdahulu.

13) Kumpulan yang tiba di garisan penamat akan memungut mata sebagai kontribusi untuk rumah sukan masing-masing sesuai aturan ketibaan.

14) Barangan wajib dibawa sepanjang aktiviti akan diinformasikan sesuai waktunya.

15) Keselamatan diri sendiri, ahli kumpulan dan barangan peribadi adalah tanggungjawab peserta masing-masing.

Saturday 30 April 2011

KARNIVAL 1 NUSANTARA



PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA (PKPMI) CAWANGAN MALANG SESI 2010/2011 AKAN MENGADAKAN KARNIVAL 1 NUSANTARA PADA 8 MEI 2011(HUJUNG MINGGU)..KARNIVAL INI DIADAKAN UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM DI ANTARA SEMUA MAHASISWA..

ANTARA AKTIVITI YANG AKAN DIADAKAN :

~PERTANDINGAN TEH TARIK KING

~PERMAINAN 'WHISPERING MEMORY'

~PERMAINAN 'THINKING BRAIN,JUMPING LEG'

~PERTANDINGAN MASKOT RUMAH SUKAN

~SENAM ROBIK

~'POT SMACKING'

~LARI IKAT KAKI

~PIJAK BELON

~LUMBA BATA

~PERMAINAN 'CRACKER WHISTLE'

~BALING BELON AIR

~PERHIASAN HENNA

~DEDIKASI LAGU

ANTARA JENIS MAKANAN YANG AKAN DIJUAL :

~NASI LEMAK

~LAKSA

~MEE/BIHUN KARI

~MAKANAN TRADISI INDIA

~'CHICKEN STEW'

~PELBAGAI JENIS MINUMAN

SEMUA MAHASISWA YANG BERMINAT DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN LAGI KARNIVAL INI..JOM!!!!

SEKIAN,TERIMA KASIH..

~EXCO PENERANGAN PKPMI CAW MALANG 2010/2011

Thursday 24 March 2011

Sosialisasi tentang Peraturan Imigrasi

Salam sejahtera,

Perhatian kepada semua ahli PKPMI yang dihormati sekalian, pada tanggal 23 Mac 2011 yang lepas,satu program Sosialisasi tentang Peraturan Immigrasi telah diadakan di PPI(lantai 2) di UB.
Program ini merupakan kolaborasi antara Universitas Brawijaya bersama dengan Kantor Immigrasi Malang untuk menyampaikan maklumat imigrasi terbaru kepada pelajar-pelajar warga negara asing di UB serta memberikan peluang kepada mereka untuk menanya soalan kepada Pegawai Imigrasi tentang peraturan-peraturan berikut.
Slide Powerpoint mengenai Peraturan Imigrasi tersebut boleh dimuat turun dengan link-link di bawah :

Thursday 17 March 2011

PERTANDINGAN BADMINTON AHLI PKPMI CAW MALANG




Perhatian kepada semua ahli PKPMI Caw Malang,

Exco Sukan 2010/2011 akan mengadakan Pertandingan Badminton untuk semua ahli pada hari Sabtu ini.

Tarikh : 19 Mac 2011(Sabtu)
Tempat : Samantha Krida,Unibraw
Jam : 8.00 pagi ~ selesai

Ahli-ahli diwajibkan untuk hadir pada pukul 7.30 pagi untuk menguruskan urusan pembayaran untuk pertandingan tersebut..

Terima Kasih..

~Exco Penerangan PKPMI Caw Malang 2010/2011 ~

Monday 14 March 2011

PROSEDUR UNTUK MEMPERBAHARUI PASSPORT

Permohonan perbaharui pasport Malaysia boleh dibuat di Bah Imegresen, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Keperluannya adalah:

1. Borang Passport- boleh dpt dibah konsular dan Imigresen secara percuma

2. Passport Malaysia.

3. Kad Pengenalan Malaysia.

4. Kitas

5. Gambar terbaru-4x6cm ( 3 kpg ) dgn latarblkg warna biru langit. gambar polaroid tidak diterima.

6. Bayaran rm 300 utk 5 tahun

* pemohon mesti hadir sendiri ( tidak boleh diwakilkan)


No. Pegawai Immigrasi untuk dihubungi:


1. En Rahmat Suboh - hp:

081798934862.

2. Pn Zuraya - hp:

08170841920

Sekian terima kasih

- Dari Atase Pendidikan EM, En Ludinata -

Tuesday 8 March 2011

PEMBAHARUAN SURAT IZIN BELAJAR(SIB) & KITTAS

Perhatian kepada ahli PKPMI Malang: Kepada sesiapa yang ingin memperbaharui Surat Izin Belajar (SIB) anda, sila pastikan Kittas anda bersah laku untuk 2 tahun yang akan datang.

Perhatian kepada ahli PKPMI Malang angkatan 06&07: Sila pastikan anda memperbaharui Kittas anda untuk 2 tahun sekiranya anda ingin memperbaharui SIB anda. Kepada mereka yang telah memperbaharui passport, sila informasikan kepada Rajavel Neelamekan(07) dan saya(06) nombor passport anda yang baru.

-EXCO Imigrasi Malang 2010/2011-

Friday 25 February 2011

Pertandingan Bola Baling dan Bola Tampar

Kepada semua ahli PKPMI Malang , Biro Sukan PKPMI Malang 2011 bersama dengan Kelab Umno Cawangan Malang akan mengadakan pertandingan Bola Baling dan Bola Tampar.

Tarikh : 26 Februari 2011
Tempat : Lapangan Voli FKUB
Jam : 7.00 pagi- selesai

Jika ada masalah, sila rujuk kepada ketua rumah sukan masing-masing seperti yang tertera di bawah ini,

Rumah Merah: Khartheek (07)
Rumah Kuning: Suhail (07)
Rumah Hijau : Kishern (07)
Rumah Biru : Hafizuddin (07)

Marilah kita sama-sama menunjukkan semangat kesukanan kita !

Wednesday 23 February 2011

Sumbangan ke Biro Dana

Salam sejahtera

Kepada semua ahli PKPMI-CM yang dihormati,

Pengutipan wang sumbangan untuk Biro Dana PKPMI sejumlah RM 50 atau Rp 150 000 akan dijalankan sepanjang minggu ini. Mohon kerjasama dari semua ahli untuk memudahkan dan melancarkan pengutipan wang ini. Jika terdapat sebarang masalah atau kesulitan, sila hubungi Ketua Biro Dana, Nur Fadzilah (2009)- 081945171444

Sekian, Salam 1 Malaysia.

Friday 11 February 2011

Program Darmasiswa

Salam,

Bersama ini disampaikan sebuah maklumat mengenai tawaran beasiswa Program Darmasiswa dari Pemerintah Republik Indonesia Tahun Akademik 2010/2011. Beasiswa ini khusus diberikan kepada mahasiswa asing,termasuk mahasiswa Malaysia yang berminat mempelajari bidang seni dan bahasa Indonesia di beberapa universitas di Indonesia.

Anda boleh download informasi mengenai Program Darmasiswa ini melalui:
1.Program Darmasiswa

Sekian, terima kasih.

Friday 28 January 2011

Standard Operation Procedure

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Berikut merupakan Standard Operation Procedure (SOP) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (JPMI). Berkaitan dengan pelbagai bencana alam yang sering berlaku di negara Indonesia yang diketahui berada dalam lingkaran api pasifik, dan yang terbaru berkaitan banjir lahar dingin di probolinggo dan juga erupsi gunung bromo. Maka, diharapkan kita semua dapat mengambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri dengan meluangkan sedikit masa untuk membaca SOP yang telah diletakkan di dalam blog ini.

Sekiranya terdapat kesulitan untuk membaca SOP melalui blog ini, anda boleh membaca/melihat SOP di:

  1. scribd
  2. Google document

SOP bencana JPMI
Sop Bencana Jpm Indonesia

SOP Bencana
Sop Bencana

p/s: Sekiranya terdapat sebarang persoalan atau pertanyaan, boleh menghubungi no. sekretariat PKPMI-CM 08970337709

Sekian, Terima Kasih