Sunday 4 January 2009

Malang Nak Jadi Tuan Rumah



MALANG NAK JADI TUAN RUMAH KARNIVAL SUKAN




Ingat lagi tak karnival sukan di Jogja tahun lepas? Daripada pengalaman itu apa kata kita pun anjurkan karnival sukan yang besar macam tu? Ini adalah satu-satunya peluang keemasan Malang untuk menegakkan nama kita di arena PKPMI di seluruh Indonesia. Kali ini kita ajak semua universiti di Indonesia. Lepas ni tak akan ada orang yang tak kenal Malang.


Ini cuma cadangan daripada kami. Sebagai ahli anda berhak untuk mengambil keputusan sama ada nak jadikan Malang sebagai cawangan yang aktif dan terkenal atau biarkan sahaja tanpa dikenali?


Kalau semua setuju,janganlah sekadar setuju...disebabkan cawangan kita sangat kecil dan ahlinya cuma 181 orang,kita memerlukan semua ahli sebagai AJK acara ini. Mungkin peserta yang akan datang 3 kali ganda AJK kita. Oleh itu,bukan sekadar nak sahaja tapi semua kena berganding bahu untuk menjayakan Karnival ini.


Untuk pengetahuan anda,Malang tak kurang hebat dalam menganjurkan acara besar-besaran seperti ini. Ayuh,kita buktikan kehebatan kita kepada orang yang belum mengenali kita. Sentiasa berfikiran positif. Jika anda berfikir bahawa acara ini di luar kemampuan kita dan memberikan bermacam-macam alasan,pasti PKPMI kita tidak akan maju selama-lamanya dan hanya akan dikenali sebagai cawangan yang pasif. Jika anda fikirkan kita mampu, halangan sebesar gunung pun nampak sebesar semut. Semuanya bergantung pada pemikiran kita.


Dengan ini kami mengalu-alukan pendapat anda tentang rancangan Malang untuk menjadi penganjur Karnival sukan. Sila berikan comment anda. Sekian,terima kasih.

14 comments:

Anonymous said...

buleh2!!

Anonymous said...

kalu memang nk buat, kite sume musti bekerja..sume org.....kalu 2 3 kerat je yg semangat,mmg xjalan la..seyes...tp, insyaAllah buleh tu...dop gtu? ;)

Mr.Emo said...

alarh.. no prob.. =) calling all hot chicks!! weee~ bay mesti di sana!!

Suraya. said...

boleh.. boleh..
malaysia boleh!

Anonymous said...

bole..i suke..

Anonymous said...

cadangan yang baik..tapi kite kena pkir dr pelbagai sudut..memang bole naikkan nama pkpmi malang tp perkara sebaliknya jg ble berlaku kalo penganjuran tak sampi tahap yang diharapkan..kalo ahli btul2 semangat nak buat..sama2 berganding bahu buat..jgn letakkan d ajk saje..

Unknown said...

wooo..
gle smgt!!!
hoyeah!!

Anonymous said...

tapikan kalo buat kat malang,
nnti kita takleh gi jalan ar
stay malang je

kalo wat kat lain mesti kita leh gi sne.jln2.
heheh

TENNY said...

Wow, good idea
Malang boleh!!

Anonymous said...

haaa..betol3!!!

Anonymous said...

an idealist dreams
a realist tells truth and facts

The dream is there
let's be realistic people, we need to start laying out the draft of plans.
if we want to do this let's start looking a suitable location to shelter the comers, negotiate best offer price for the facilities we want to use. Draw out the budget. Then we can get things done.

Anonymous said...

InsyaAllah boleh...tp semua harus bg kerjasama sepenuhnya...

Anonymous said...

takde yg mustahil tp kne realistik!
mcm org lain ckp..kne btol2 bsedia dan smua ahli kne beri kerjasama yg tak berbelah bagi.
kalau sekadar ckp 'boleh' dan tolong 'tengok' je tak menjadi gak.

so, bagi sy,kalau tanam niat nak anjurkan karnival tu skrg, dah bagus!tapi tak semestinya harus tahun ini juga nk buat.(skg dh jan 2009)

kalau dh betul2 nak,next step..buat persediaan AWAL dari segala aspek-->sangat2 penting. nk jadi tuan rumah bukan semudah ckp 'nak' tp kena la yakinkan pihak2/cwgn2 pkpmi yg lain bhw kita memang BOLEH.

hmm..btw, semoga semangat yg dtunjukkan oleh ahli kat sini dpt direalisasikan. InsyaAllah, kalau perpaduan,kerjasama ahli dlm persatuan ni utuh/kuat, impian ni pasti dpt terlaksana.:)

ok..
united we stand,divided we fall~
semangat!!!

Anonymous said...

bleh jer..tp lg best kalu leh g tmpat org..best3x