Tuesday 4 October 2011

PERTANDINGAN FUTSAL PKPMI 2011




Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.Futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA. Di Brazil, versi ini telah dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan. Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia. Kejohanan Dunia FIFUSA telah diadakan di São Paulo, dengan tuanrumahnya adalah Brazil menjuarai kejohana tersebut mendahului Paraguay dan Uruguay. Semakin ramai negara yang menyertainya di Kejohanan Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985. Oleh kerana terdapat satu pertikaian di antara FIFA dan FIFUSA terhadap pentadbiran fútbol, maka FIFUSA telah mencipta nama fut-sal pada tahun 1985.

Pertandingan Futsal 2011 akan diadakan pada tanggal 30 Oktober ini, bersamaan hari Sabtu.Format pasukan untuk pertandingan ini adalah antara batch, untuk lelaki dan juga perempuan.Batch yang akan bertanding adalah seperti berikut :

1) Batch Co-ass ( 2 Pasukan)
2) Batch 2008
3) Batch 2009 + 2010 + 2011

Semua ahli dan juga peserta harus berkumpul di Olimpico Futsal Arena, Jl.Bendungan Sutami 37 F pada jam 7.30 pagi. Absensi akan diambil mengikut RUMAH SUKAN.Markah akan diberikan kepada rumah sukan mengikut kehadiran ahli pada hari tersebut.








Marilah kita semua berpartisipasi dalam pertandingan ini dan mengasah bakat futsal kita!

No comments: