Wednesday 11 May 2011

AKTIVITI AMAZING RACE ANJURAN EXCO PENDIDIKAN



Pada 15 Mei 2011,bersamaan hujung minggu ini, Exco Pendidikan akan menganjurkan aktiviti Amazing Race. Aktiviti ini bermula dari pukul 10 pagi sehingga jam 6 petang. Dimohon semua ahli PKPMI Caw Malang untuk turut berpartisipasi dalam aktiviti ini.






Partisipasi

 Setiap rumah sukan harus menghantar sekurang-kurangnya 2 kumpulan.
 Setiap kumpulan mempunyai 6 ahli yang terdiri daripada 3 angkatan gabungan peserta lelaki dan perempuan
.

Kronologi dan Peraturan “Amazing Race”

1) Setiap kumpulan akan mengejar waktu bersaing antara satu sama lain menghabiskan semua cabaran dan mengikuti setiap “checkpoint” untuk tiba di garisan penamat sebagai juara.

2) Setiap “checkpoint” mempunyai seorang petugas yang dinamakan “checkpoint officer” (CO).

3) Dari garis permulaan, setiap kumpulan akan diberi “clue” untuk “checkpoint” seterusnya.

4) Beberapa/semua “checkpoint” mempunyai tugasan yang disebut “detour/no option challenge”. Setiap kumpulan harus menyelesaikan cabaran tersebut sebelum dapat bergerak ke “checkpoint” seterusnya.

5) CO akan mencatat waktu dan ketibaan setiap kumpulan.

6) “Clue” untuk checkpoint seterusnya akan dihantar melalui sms oleh CO untuk pencatatan waktu yang tepat.

7) Semua ahli kumpulan harus tiba di “checkpoint” sebelum informasi mengenai tugasan “checkpoint” dapat diberikan.

8)
PENGGUNAAN KERETA/MOTOR PERSENDIRIAN TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

9) SEKIRANYA DIDAPATI ADA KUMPULAN YANG MENGGUNAKAN TRANSPORTASI SENDIRI, PENYERTAAN KUMPULAN TERSEBUT DIBATALKAN SERTA MERTA.

*KEPUTUSAN KETUA ACARA ADALAH MUKTAMAD*

10) Peserta akan menanggung semua biaya transportasi sendiri seperti “duit angkut” sekiranya berpendapat ini dapat membantu kumpulan mereka menjuarai aktiviti ini.

11) Semua peserta wajib memakai pakaian rumah sukan atau warna pakaian yang mencerminkan warna rumah sukan. Pakaian juga tidak haruslah menjolok mata terutamanya demi keselamatan sepanjang aktiviti ini.

12) Setiap peserta wajib menjaga keselamatan diri sendiri dan ahli kumpulan masing-masing.

13) Sekiranya memerlukan bantuan selain yang berkait dengan kronologi aktiviti ini,peserta diminta menghubungi:

HOTLINE

Adrian : 085755874939 atau

CO yang terdahulu.

13) Kumpulan yang tiba di garisan penamat akan memungut mata sebagai kontribusi untuk rumah sukan masing-masing sesuai aturan ketibaan.

14) Barangan wajib dibawa sepanjang aktiviti akan diinformasikan sesuai waktunya.

15) Keselamatan diri sendiri, ahli kumpulan dan barangan peribadi adalah tanggungjawab peserta masing-masing.

No comments: