Sunday 26 July 2009

Surat MMC kepada Kementerian


Berikut adalah inti surat yang telah disampaikan pada YDP PKPMI Malang:

1)Hanya Universiti yang bersetuju meminda kurikulum yg diperakui MMC sahaja akan diberi kebenaran ambil pelajar baru

2)tarikh brmulanya penambahan clinical hour dan UKDI bergantung kepada jawatankuasa yang akan ditubuhkan brsama pengajian Indo-Mlysia

3)Mesyuarat jawatankuasa tersebut akan dibuat secepatnya.

Monday 13 July 2009

Perpanjangan 'clinical hour' & Pengiktirafan UniBraw

Berikut adalah email dari En.Jazman

Tentang persoalan yang dibangkitkan saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak dapat berita
tentang lawatan MMC atau KKM ke Unbraw last 2 days. Namun saya rasa ia tidak benar kerana lazimnya kalau mereka mahu datang tentu saya di Jakarta akan dimaklumkan untuk mengiringi mereka ke Unbraw seperti masa-masa lalu kerana urusetia pengiktirafan kelayakan terletak di bahu JPA.

Biasanya kalau MMC datang melawat pelajar, pasti mereka akan bertemu dengan pelajar-pelajar sedia ada di sana. Oleh yang demikian, kenyataan pihak Unbraw mengenai lawatan itu diragui kebenarannya.

Mengenai makluman pihak universiti tentang tempoh klinikal perlu diperpanjang selama 6 bulan lagi, saya ingin memberi penjelasan bahawa sebenarnya apa yang berlaku adalah MMC berpandangan bahawa tempoh pendedahan klinikal sedia ada di semua universiti di Indonesia adalah tidak mencukupi. Oleh yang demikian, saya memang mengetahui bahawa MMC meminta
supaya semua universiti di Indonesia termasuk Unbraw supaya menambah masa pendedahan klinikal supaya mencapai 120 minggu atau 6 bulan lagi. Mungkin ini yang dimaksudkan oleh
pihak dekan Unbraw.
Pihak MMC juga memberi syarat jika universiti bersetuju dengan syarat tersebut, mereka akan
dibenarkan untuk mengambil pelajar baru dari Malaysia tahun ini.Begitulah sebaliknya...

NAMUN KENYATAAN UNIVERSITI BAHAWA PENGIKTIRAFAN AKAN DITARIK BALIK JIKA TIDAK MENYETUJUI SYARAT MMC TERSEBUT ADALAH TIDAK TIMBUL ! SEBALIKNYA MEREKA TIDAK DIBENARKAN MENERIMA PELAJAR SAHAJA.
Dalam kes Unbraw, mereka telah mengemukakan prosposal mengenai tambahan masa klinikal ini dan telah dipersetujui oleh MMC.

Ingin saya jelaskan juga bahawa buat masa ini MMC masih mengkaji sama ada semua pelajar yang telah berada dalam sistem di Indonesia terlibat dengan penambahan masa klinikal tersebut atau sebaliknya. Perkara ini akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa bersama antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia kelak.

Namun, saya telah menyampaikan pandangan semua pelajar di Indonesia kepada MMC bahawa sewajarnya PELAJAR BARU SAHAJA IAITU ANGKATAN 2009 KE ATAS YANG DIKENAKAN SYARAT PENAMBAHAN MASA KLINIKAL INI. Pelajar lama tidak wajar dikenakan peraturan baru tersebut. Perkara ini akan dibincangkan dan saya akan maklumkan sdri tentang keputusannya kelak.

Mengenai isu yang dibangkitkan mengenai sistem pengajaran dan pembelajaran termasuk di klinik, saya mengambil perhatian tentang perkara ini dan juga memanjangkan e-mel sdri kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil perhatian. Sudah tentu isu-isu tersebut akan dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa bersama kelak.

Mengenai contact person di MMC, sdri boleh sampaikan pandangan kepada Dr Wan Mazlan bin Mohd Woojdy, Setiausaha MMC. Saya rasa saudari boleh dapatkan e-melnya di laman web KKM atau MMC sendiri.

Sekian, harap bersabar, semoga terus tabah menghadapi cabaran dan saya doakan kejayaan anda semua, Amiin !

> > PPL Jakarta
> > 13 Julai 2009